Monday, November 01, 2021

Perbahasan Usul Mengungkai Tujuh Ordinan Darurat

 Ucapan Perbahasan Usul Mengungkai Tujuh Ordinan Darurat oleh YB Wong Hon Wai, Ahli Parlimen Bukit Bendera pada 25-9-2021

Video Link: https://fb.watch/8-s-Yq2F15/

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya turut ingin menyertai perbahasan berkenaan dengan usul mengungkai tujuh Ordinan Darurat. Tuan Yang di-Pertua, sejak kemerdekaan terdapat tiga darurat peringkat nasional, tahun 1964 waktu berlaku konfrontasi, 13 Mei 1969 dan tahun ini, COVID-19. Terdapat enam localize emergencies, darurat secara peringkat tempatan. Tahun 1966 di Sarawak, tahun 1977 di Kelantan dan tahun 2020 di Batu Sapi, Gerik dan Bugaya di Sabah serta negeri Sarawak tahun 2021.
Kalau kita melihat kepada sejarah perundangan darurat dan juga Perlembagaan Persekutuan, sebenarnya autoriti atau kuasa perundangan Parlimen tidak luput semasa darurat. Sebagai contoh, Dewan Rakyat ini pernah berbahas suatu Rang Undang-undang Emergency Powers (Kelantan) Act 1977. Parlimen ini berbahas suatu rang undang- undang untuk mengenakan darurat bagi negeri Kelantan dan dibentangkan pada hari yang sama, dibahas kemudian dan dikira undi. Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa Parlimen untuk bersidang. Tetapi dukacitanya untuk darurat Covid-19 tiada mesyuarat Parlimen dan telah menyebabkan kuasa Parlimen dikurangkan. Tiada persidangan Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri. Ini amat mendukacitakan.
Saya juga ingin membangkitkan kerana waktu kita menghadapi krisis politik dan juga krisis kesihatan pada masa yang sama. Sebenarnya political solution telah mengatasi krisis kesihatan dan pihak eksekutif di bawah Yang Berhormat Pagoh telah menggunakan dan mengutarakan cadangan untuk declaration darurat untuk menyelesaikan satu krisis politik.
Persoalan saya adalah kali ini kita mengungkai tujuh ordinan tetapi adakah pengisytiharan darurat tempatan terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri, Bugaya di Sabah yang tidak diungkaikan. Di Batu Sapi dan Gerik, kita faham kerana sudah tamat tiga tahun tempohnya. Oleh itu, tiada pilihan raya kecil. Akan tetapi untuk kawasan Bugaya kerana DUN Sabah baru adakan pilihan raya negeri dan kenapa tidak dapat dilaksanakan? Saya mempersoalkan kenapa kalau kita membenarkan pilihan raya negeri Melaka dijalankan, kenapa emergency status untuk Bugaya tidak diungkai?
Saya bertanyakan kerana ini juga menafikan hak-hak pengundi-pengundi Bugaya untuk memilih seorang wakil rakyat. Saya ingin mendapatkan satu penjelasan, why is the double standard? Dua standard yang berbeza. Saya berpendapat bahawa perlu ada consistency. Kalau Pilihan Raya Negeri Melaka dijalankan, pilihan raya kecil Bugaya perlu dijalankan, status Darurat perlu diungkai. Sekiranya Pihak eksekutif berpendapat atas keterangan-keterangan kesihatan bahawa tidak sesuai untuk diadakan pilihan raya untuk Bugaya, maka emergency status untuk Bugaya dikekalkan. Kenapa pula PRN Melaka dibenarkan?
Tidak mempunyai consistency daripada segi itu. Saya ingin meminta satu penjelasan kerana hari ini kita hanya ungkaikan tujuh ordinan. Tetapi untuk declaration status yang untuk tiga darurat kecil ini tidak diungkaikan. Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah Ordinan Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan) 2021, pindaan dibuat untuk membolehkan permohonan vaksin dan apa-apa perbelanjaan dilaksanakan. Saya ingin bertanyakan, berapakah perbelanjaan telah dibuat di bawah ordinan pindaan ini? Apakah kedudukan terkini akaun Kumpulan Wang Amanah Negara?
Oleh kerana kita hanya mengungkaikan tetapi kita juga sebelum ini kita ada membahaskan satu rang undang-undang untuk KWAN. Itu merupakan satu-satunya rang undang-undang yang menyambungkan satu ordinan yang selepas diungkai dan akan dihidupkan dengan satu akta pindaan. Saya hendak tahu berapakah perbelanjaan di bawah Ordinan KWAN tersebut?
Begitu juga di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Pindaan) 2021, peruntukan kewangan sementara ketidakpakaian tatacara penggunaan wang di bawah Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan negeri, Akta Pendanaan Kerajaan 1983, Akta Bill Perbendaharaan 1946.
Apakah akauntabiliti eksekutif dalam tempoh darurat ini apabila Parlimen tidak bersidang, boleh bypass Parlimen, boleh tidak memerlukan mematuhi peraturan-peraturan dan apakah prosedur singkat sama ada laporan-laporan akaun tersebut, sama ada akan lay before the House dan juga Dewan Undangan Negeri, sama ada ia akan diserahkan untuk scrutinize oleh Public Accounts Committee, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen dan juga negeri masing-masing?
Tuan Yang di-Pertua, di bawah Emergency (Essential Powers) (No.2) Ordinance 2021 tentang berita tidak benar.
Saya ingin menanyakan sama ada seksyen-seksyen iaitu seksyen 4, seksyen 5, seksyen 6 dan seksyen 7 pernah dipakai sama ada kerajaan memohon untuk memerintahkan penghapusan penglibatan – penerbitannya mengandungi berita-berita tidak benar. Ini seperti Yang Berhormat Pasir Gudang menanyakan bagaimana dengan kes-kes yang belum selesai.
Saya juga ingin menyatakan bahawa ada perundangan sedia ada, iaitu perundangan Penal Code, ada perundangan Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh digunakan ke atas pesalah mereka yang menyebarkan berita tidak benar. Tetapi kita pula introduce sebuah ordinan untuk mereka yang menyebar berita tidak benar.
Oleh itu, saya faham dan menyokong ketujuh-tujuh ordinan ini diungkai dan hanya satu yang akan disambung iaitu melalui satu akta pindaan KWAN. Namun demikian, bagaimana pula dengan status-status declaration, local declaration yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan. Saya ingin mendapatkan satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan.
Sekian, terima kasih.
You, Von Kb, Kyle Choong and 1 other